Jumaat, 3 Mei 2013

Tentang Mei

Kenapa dengan Mei ek??


Tajuk memang tak nak kalah. banyak sebab kenapa dengan bulan Mei.

1st
10 Mei 2007 - Saya kehilangan insan yang paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Hilangnya seorang tulang belakang keluarga serta tempat kami bersandar dan berpayung.
Masa arwah ayah meninggal tu saya baru je habis cuti semester and baru je 1 minggu berada di kampus memulakan semester baru.
Pagi tu masa saya tengah bersiap - siap nak g class, saya dapat call dari kakak. Suara dia yang bergetar maybe menahan sebak buatkan hati saya rasa cuak, otak saya dah terfikir benda yang bukan - bukan
dah. Apa yang saya fikirkan rupanya betul, dia cakap ayah rebah masa gotong royong di masjid.
Mula - mula dengar tu macam tak caye je, sebab sebelum saya datang kampus saya tengok ayah sihat je, siap gelak - gelak and pesan kat saya jaga diri elok - elok. Bila dengar kakak menangis terus saya jatuh terduduk air mata laju je keluar.
Saya call 2 abang saya yang keje kat PROTON, cite ckit2 apa yang terjadi terus diaorang suruh saya packing apa yang patut and sejam lepas tu abang saya sampai kat kampus.
Masuk dalam kete terus je saya meraung, kawan - kawan yang bertembung dengan saya masa nak turun tangga hostel langsung saya tak tegur. Waktu tu otak saya hanya ingat nak balik.
Perjalanan dari Selangor ke Kelantan makan masa lebih kurang 7-8 jam, saya berdoa harap -harap kami cepat sampai. kalau boleh nak je terbang balik, lagi cepat sampai.
Tiba kat Raub, kakak call katanya arwah ayah akan di kebumikan lepas Zohor. Sedangkan masa tu dah pukul 12 lebih. Lagi sekali saya meraung, saya cakap saya nak juga tengok ayah buat kali terakhir. Saya minta dia bincang dengan iman yang menguruskan jenazah ayah.
Kakak sya call lagi, dia kata tok iman boleh tunggu lagipun masa tu kami dah di Merapoh. Entah apa keajaiban terjadi perjalanan kami lancar, lampu isyarat sentiasa hijau.
Telefon saya berbunyi lagi, hati saya berdegup kencang. Kakak cakap pakcik saya tetap nak kebumikan jenazah ayah pukul 3 petang. Phone bertukar tangan, saya dengar abang saya marah seperti tak puas hati.   Abang saya bagitau pakcik saya tetap berkeras nak kebumikan ayah pukul 3 petang, dia tak boleh tunggu kami sampai, katanya ada hal. So????
Siapa kami nak membantah, saya intai jam di dashboard angka 3 tertera di skrin saya teresak - esak di seat belakang, 2 abang saya di depan saya lihat mereka menyeka airmata. Abang saya memandu begitu perlahan, saya tahu macam mana laju pun kami drive kami tak kan sempat nak kucup ayah lagi. Kucupan  perpisahan yang terakhir....
Kami sampai di kampung ketika hujan renyai - renyai, saya tengok ramai lagi sedara mara yang masih tinggal. saya berlari cari mak, peluk mak erat2. Mak minta maaf dengan kami sebab tak mampu nak buat apa lagi. Sedara mara yang masih ada semuanya tak sempat nak melihat jenazah ayah. Sekejap je jenazah ayah di rumah, dia meninggal pukul 9 pagi, pukul 3 arwah ayah sudah di semadikan. Saya tercari - cari jugak pakcik saya yang tak menyempat- nyempat tu. langsung tak de kelibatnya!

Al Fatihah untuk Ayahanda tersayang WAN HAMAT B. WAN ABDULLAH.

2. off coz la 5 Mei kan hari mengundi. Penting juga tu!! SElamat mengundi kepada pengundi yang bakal mengundi. Pesanan saya, semak dengan teliti sebelum menanda..
First time saya akan mengundi. Berdebar - debar rasanya

3. 20, 24 n 30 Mei is my birthday brother. 2 abang n adik bongsu saya di lahirkan di bulan Mei. HAppY BiRthDays to my brothers!

4. Happy MOTHER Day's to all mother in the worlds!
5. Peristiwa 16 Mei. Sapa yang baca sejarah dia akan alert la dengan tarikh 16 Mei ni. n tak lupa juga untuk guru - guru yang sedang, bakal atau sudah berkhidmat. Selamat Hari Guru. Kerana mu guru kami boleh mengenal huruf a,b,c. TERIMA Kasih CIKGU!
6. Saya akan dapat anak buah baru. Jangkaannya hujung bulan, insyaallah jika ada rezeki sama tarikh dengan AyahSu nya (',)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan