Rabu, 8 Mei 2013

Menteri Besar Kelantan yang baru


Datuk Ahmad Yaakob Diumum sebagai Menteri Besar Baru Kelantan secara sah dan rasmi. Ini bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memutuskan untuk tidak lagi memegang jawatan yang disandangnya sejak 23 tahun lalu. Nik Abdul Aziz Nik Mat bersara daripada memegang jawatan itu selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai timbalan menteri besar bagi menggantikan Ahmad. Majlis pelantikan  dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan secara rasmi dilantik sebagai menteri besar baru selepas mendapat perkenan Tuanku. Pada masa yang sama, Nik Aziz masih lagi sebagai  Muryidul Am PAS.

Maka terjawablah sudah teka - teki pengganti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik /Mat. Selamat Berkhidmat dan menerajui Kelantan dengan wibawa.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan