Sabtu, 26 April 2014

Pertanyaan. Menyakitkan. Sentap??

Kenapa entri ni keluar?
Sebab hati ni sentap bila orang tua-tua , member sendiri pun dok tanya. Macam mana lah nak jawapnya, sedangkan aku sendiri pun tak tahu sape jodoh aku, kat mana dia dok. Ngape lambat benar nak cari aku nih?
Letih benar nak menjawap, kadang- kadang time tu jugak nak lari jauh- jauh dari soklan tu...


Benar, aku tak tahu siapa tulang rusuk aku ni, jika ada di dunia, insyaallah kawen la kami. Jika tiada, insyaallah di akhirat kelak.
Kadang-kadang yang bertanya ni kata aku ni memilih sangat, nak yang tu nak yang ni.... Orang ni kita tak boleh nak sekat apa dia nak kata, So, aku hanya diamkan je.

Kalau ikut akal jahat ni, nak je bagi pelempang kat orang yang dok bertanya ni. Tau lah dia dah kawen, dia dah bahagia, dia dah ada anak, dia bla bla bla.....
Aku nak minta satu jelah, kalau ikhlas tolong doakan kebahagiaan aku juga moga dapat jodoh yang terbaik.


Rabu, 16 April 2014

Budu???

Saje nak post tentang BUDU. Why budu, xdak benda laen ko? Hahaha....

Budu meme sedak...hoho...Sapo tak make budu, rugi jadi manusio...( ore Klate)
Cita pasal budu ni, teringat pasal sorang hamba Allah ni, dia kata  tak makan budu. nanti kulit dia gatal-gatal.. betul ke idok tak tau la..
Nak di jadikan cite, kawasan kejiranan aku ni ada buat makan- makan. Atas perbincangan jiran tetangga sume pakat nak buat nasi kerabu. Nasi kerabu mestilah ada budu kan...
Yang tak menahan tu, Hamba Allah ni yang kata tak makan budu ni, siap bertambah budu dia dalam nasi kerabu tu. Semua orang tengok tapi buat dono jelah...Ooo tak makan budu, tapi 'Ranggoh' budu...Kan dah kantoi!!!
Budu ni lagi best makan kalau dengan ulam-ulaman, siap bertambah nasi tu...huhu...Pergh! memang sedap wei!!.

Nak tahu lagi tentang budu, meh baca ni pulak





Selasa, 25 Mac 2014

#MH370 & R4BIA

Semalam kita di kejutkan dengan pengumuman PM, tentang penemuan cebisan yang di katakan MH370. Tergamam, terkejut, tidak percaya itulah yang ada dalam fikiran aku....
Satu saja aku pegang,Kuasa Allah s.w.t maha hebat, secanggih mana pun kita, tidak mampu melawannya..

Jika nisan mu ombak,Maka kami pasrah,Jika kubur mu itu dasar,Maka kami berserah,Semoga angin lautan hindi selatan,Menjadi talkin pada mereka yang menjadi HambaMu.... Sampaikan salam buat semuaSalam terakhir salam teristimewaBuat ‪#‎MH370‬ ,Crew & penumpang
Salam Takziah Untuk Ahli Keluarga
ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺃَﻣْﺮُﻩُ ﺇِﺫَﺍ ﺃَﺭَﺍﺩَ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﺃَﻥْ ﻳَﻘُﻮﻝَ ﻟَﻪُ ﻛُﻦْ ﻓَﻴَﻜُﻮﻥُﻓَﺴُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺑِﻴَﺪِﻩِ ﻣَﻠَﻜُﻮﺕُ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻭَﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺗُﺮْﺟَﻌُﻮﻥ
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
 (Petikan dari FB)




Jangan kita lupa saudara kita di Mesir yang bakal dihukum gantung oleh pemerintah yang zalim..

“Kes ini yang paling cepat dan jumlah mereka yang dihukum mati paling ramai dalam sejarah kehakiman Mesir,” kata peguam Nabil Abdel Salam yang mewakili pemimpin kanan Ikhwan, termasuk Mursi.

#AlFatihahForMH370 #PrayForMH370#PrayForEgypt529 #mesirkini #R4BIA

Sabtu, 15 Mac 2014

#PRAY FOR MH 370#




Amat tertarik dengan kata-kata di atas. Mungkin itu jugalah Allah s.w.t menguji kita dengan 'sikit' ujian, untuk melihat sejauh mana hamba-Nya mengingati DIA...

Jumaat, 14 Mac 2014

Pray for MH370


Semua sudah sedia maklumkan tentang kehilangan kapal terbang MH 370, sedih bila mendengarnya, sedih lagi bila pelbagai teori muncul. Di tambah pulak kat Facebook bila keyboard warrior berhujah, masing- masing ada andaian tersendiri. Cuma apa yang saya harapkan, berdoa terus berdoa. Sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin.
Hati kecil saya mengatakan 'mereka' masih hidup. Satu hari nanti, 'mereka' akan pulang ke pangkuan keluarga mereka. Walau tiada pertalian dengan mereka, tetapi kita jadi dekat bilamana kita sentiasa mengikuti perkembangan kehilangan pesawat ini. Seluruh negara turut berdukacita.

ANDAINYA KAU DI LANGIT TURUNKANLAH
ANDAINYA KAU DI BUMI TEMUKANLAH
ANDAI DI ALAM LAIN SINGKAPKANLAH
PADA-MU ALLAH KAMI BERSERAH

MH370 MUNCULLAH...