Khamis, 13 September 2012

Go....... PLKN










Nak taw siapa yang kena pergi PLKN tu?....
...............
...............

Hari isnin 2,3 hari lepas adik saya yang bongsu berangkat ke Kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang Terengganu. So, pepagi lagi kitaorang bergerak ke pusat pendaftaraan di Pejabat Majlis Daerah Machang.
Masa sampai tu orang dah ramai dok berkumpul, kitaorang sampai awal lagi dalam kol 8.30 pagi. 
sampai je kat sana terus ke khemah pendaftaraan check nama, no bas. Siap semua rilek2 dulu g makan jap, Lepas tu Jurulatih dah panggil naik bas. Adik saya naik bas nombor satu, tu bas yang bernombor T-CDR-1 bas pertama bergerak ke Marang.

Ma saya masa ni memang dah merah mata dah, adik saya pun merah mata jugak bila tengok Ma dok kesat- kesat mata. Masa kat dalam bas tu adik dok pandang tempat lain, nak cover sedih gitu...
Pukul 9.30 gitu bas pun bergerak. Bas yang nombor 1 dulu bergerak, yang nombor 2,3 ke Kem yang sama tak taw dorang bergerak pukul berapa. 

Selain Kem di Cador, ada 2 buah Kem Latihan lagi bergerak pada hari yang sama. Saya lupa apa nama Kem tu. 1 Kem di Setiu, dan 2 Kem Latihan di Marang.
Lepas bas adik saya bergerak, kami pun berangkat pulang. Tapi tidak pulang terus ke rumah, jalan- jalan ke kota bharu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan