Isnin, 17 September 2012

Buah Hati







Hai nama saya Cici. Kadang- kadang tuan saya panggil saya bulat, kadang - kadang Cici Bulat. Hobi saya suka menjilat, habis basah satu badan saya jilat. He..he..






Hi, saya pulak Eabok. Saya dok satu rumah dengan Cici. Kitorang selalu jelous menjelesi antara satu sama lain. Tuan saya suka panggil saya lorat. mungkin saya jenis lorat kot. Saya suka mengekor kaki tuan saya. Kadang -kadang sampai terjatuh tuan saya coz saya selalu saja berbelit kat kaki dorang... (",)..







Khamis, 13 September 2012

jalan -jalan




Lepas je hantar adik g PLKN, destinasi kitaorang adalah ke PCB. Dah alang2 sampai ke Kota Bharu, singgah la sekejap ke Pantai Cahaya Bulan ni. Pantai dia pun dah tak cantik, banyak terhakis dah.. Dalam masa 5 tahun lagi macam mana la rupa pantai ni agaknya ye??. Sementara masih ada ni, jagalah Pantai kita dengan sebaik- baiknya..



**Beach boy**

Kalau datang malam, kat sini ada Funfair. Saya pun tak taw lah besar ke tidak funfair dia. Sape orang PCB mybe dia tahulah kot.


Ma n Pengantin baru


Lepas habiskan masa kat pantai, mas ni dah pukul 1 lebih dah, kitaorang g makan kat Pasar Siti Khadijah.


Pic tengah makan tak sempat nak snap. Pasar Siti ni kalau waktu lunch memang ramai umat manusia. Bimbang takut tak de meja makan, jadi cepat- cepat cop meja makan. bila dah dapat terus ngap lah..
Pic atas tu snap kat bahagian bawah je. Tau pic ape tu, makcik yang jual tu kata nasi tumpang.

















Go....... PLKN










Nak taw siapa yang kena pergi PLKN tu?....
...............
...............

Hari isnin 2,3 hari lepas adik saya yang bongsu berangkat ke Kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang Terengganu. So, pepagi lagi kitaorang bergerak ke pusat pendaftaraan di Pejabat Majlis Daerah Machang.
Masa sampai tu orang dah ramai dok berkumpul, kitaorang sampai awal lagi dalam kol 8.30 pagi. 
sampai je kat sana terus ke khemah pendaftaraan check nama, no bas. Siap semua rilek2 dulu g makan jap, Lepas tu Jurulatih dah panggil naik bas. Adik saya naik bas nombor satu, tu bas yang bernombor T-CDR-1 bas pertama bergerak ke Marang.

Ma saya masa ni memang dah merah mata dah, adik saya pun merah mata jugak bila tengok Ma dok kesat- kesat mata. Masa kat dalam bas tu adik dok pandang tempat lain, nak cover sedih gitu...
Pukul 9.30 gitu bas pun bergerak. Bas yang nombor 1 dulu bergerak, yang nombor 2,3 ke Kem yang sama tak taw dorang bergerak pukul berapa. 

Selain Kem di Cador, ada 2 buah Kem Latihan lagi bergerak pada hari yang sama. Saya lupa apa nama Kem tu. 1 Kem di Setiu, dan 2 Kem Latihan di Marang.
Lepas bas adik saya bergerak, kami pun berangkat pulang. Tapi tidak pulang terus ke rumah, jalan- jalan ke kota bharu.



Khamis, 6 September 2012

Satu ketika........ Hujan lebat




Semalam saya sempat la pergi pasar malam kat Kampung Ipoh (Batu 8). Sampai je kat sana terus hujan. So, nak menantikan ujan reda, boring pun ade dok dalam keta. Saya mengedik la sikit snap 2 pic... Memang hujan yang teramat lebat siap dengan ribut sekali. Lama jugaklah saya + Adik + Ma duduk dalam keta. 
Bila ujan dah reda sikit saya dengan adik je yang kuar, Ma stay dalam keta je. Banyak dah kedai tutup, ade yang balik dah pun.
adik saya sempat la sambar 1 tracksuit. Dia nak bawa g PLKN.
 Itu sajalah xtvt saya semalam... :)



Pasal n3 wed's lagi



Mai tengok hantaran pulak.Antara yang saya gubah la.. Jubah, Towel, Sejadah n telekung, coklat, beg.. Barang perempuan kita gubah sendiri, lepas tu kitaorang g tukar barang dengan pihak laki malam sebelum majlis berlangsung. Barang masing2 beli sendiri n gubah sendiri sahaja.


Beg

Towel


sejadah (**saya buat jadi kapal)


Pokok coklat

Ini hanyalah sebahagian saja yang saya sempat snap. So enjoy!!








Isnin, 3 September 2012

Pic Pra Wed's


Ini pic selepas adik saya sah jadi milik orang. ( 20 0g0s 2012)
Ma saya tengah sedey lagi time ni, yela anak pompuan dia dah jadi milik orang. Sape tak sedeykan?...


Bergambar selepas akad selesai. Bersama abang2 'n' Kak Long.


Pic gegar. Masa ni abang saya wat lawak ape ke benda lah. ni adik lelaki yang snap. X mo masuk pic, penyegan orangnya.

Selamat Pengantin Baru Nora & Mie. 


Pelamin ni siap malam sebelum majlis persandingan berlangsung.... biasalah buat sendiri, harus bertangga bagai..hehe..
Berpeluh jugalah nak panjat tangga tu, mak encik ni gayat orangnya. Ketaq kepala lutut jugalah. Apa cer, ok tak D.I. Y. pelamin saya ni???.. 






Sekitar Majlis "Bekwoh"


 
Pelamin D.I.Y
****Nanti saya masukkan pic pengantin beraksi.


Sedara Mara belah Ma and Arwah Ayah. From Jias Pasir Mas and Sungai Keladi K.B.

My cousins dari Pasir Mas (Chicha Tinggi).
* Yang ni je sempat ambik gambar coz dorang sampai awal. Cousin yang lain xsempat nk snap, time tengah rushing gile - gile. waktu puncak, faham- faham la memang tak terlayan.


Ini orang dapur masa BigWork aritu. Takdak makcik - makcik semua ni memang tak bergulai lah jawapnya. Thanks to CikNa, CikNab, Cik Mah, Cik Ani's ( coz ade 2 orang makcik yang nama sama..huahaha..), Cik Lah dan ramai lagilah. Thank a lot!!. Makcik- makcik semua ni adalah jiran -jiran kat umah saya je.


Ni orang kuat kat belah depan. Kalau gulai ke, air ke dah abis abang - abang ni lah yang akan ke bahagian belakang inform kat makcik - makcik kat atas tu.. he. dorang ni siap pakai walkie talkie lagi, main order makanan kat makcik di belakang.. Kemain canggih!!.